Thursday, June 6, 2013

Tempat Lahirku...


Inilah tanah airku...tempat asal diriku..KUCHING..!!!


Kami juga moden seiring dgn pembangunan negeri2 yg lain..walaupun tiada Menara Berkembar Petronas..
 

suasana yg cukup indah bila di tempat sendiri...
 

Kami dah x duduk atas pokok dahh..jgn pandang kami xdok mata ye, I'll sumpit your mata klak haha
 
saya bangga menjadi anak SARAWAK...
~Raihan As-Sarawaki~

masalah hati...dil hai tumhara..



ANDAINYA LELAKI TAHU....PERASAAAN INI...


Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuanAda naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan



Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi



Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah



ya ALLAH.....SUSAHNYA MENJAGA HATI INI...


koi mil gaya.... :)

maaakkk...!!

maaaaakkkkk...!!!!
saya rindu mak saya sekarang ni..sangat2...final is just around the corner. Tapi saya semakin rindu dgn mak saya. Saya perlu fokus dgn study,saya tau tu tp perasaan nak balik tu lagi kuat berbanding nak study. Tolong lah sedarkan saya..bangunkan saya dari lena yg panjang..saya perlu teruskan perjuangan ini sehingga berakhir baru lah dapat balik ke kampung halaman. Ya ALLAH,jagakanlah ibuku selama mana beliau tidak berada di bawah penjagaanku..Amin..

kalau saya sakit kepala,migrain...mak saya tolong urutkan kepala saya. Mak saya suka belai kepala saya. Tapi bila saya diserang sakit ini kat sini,xde kwn yg pandai urut kepala saya. Saya terpaksa urut sendiri, walaupun dlm keadaan sakit. Itulah mak kita kan, bila kita sakit dialah doktor, bila kta salah dialah peguam yg membela, bila kita menangis dialah yg menjadi pemujuk setia, bila kita inginkan sesuatu dialah yg akan sedaya upaya memenuhi permintaan kita itu...

untuk bondaku yg amat aku sayangi dan cintai...Hajah Mariani Binti Suhai,masih tidak terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat hari lahir dan selamat hari ibu..hari2 merupakan hari ibu bagi saya..jadi,ikut suka saya lah bila saya nak wish,,hehehehe. Mummy,I love U so much... <3 <3 <3

Friday, March 15, 2013

La Tahzan...Raihan..

yg lalu,biarlah berlalu...

mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dlm kehidupan kita sekarang,kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yg bodoh dan gila. Itu sama ertinya dgn membunuh semangat,membunuh harapan dan menghalang org untuk menjalani kehidupan seadanya.

Janganlah hidup di dlm mimpi-mimpi buruk masa lalu,atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut..Raihan!! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali?? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya,bayi ke perut ibunya,dan air mata ke dalam kelopak mata,padahal semuanya hanya mengalirkan kembali air mata anda??

tipu untuk mengatakan boleh melupakan apa yg berlaku,sebab perkara tu dekat sgt kat hati. Apa yg saya mampu buat hanyalah berserah pada ALLAH. Sebab selama ni pun hidup saya mmg utk ALLAH. Terlalu byk sgt perkara dan masalah yg membebani saya kebelakangan ni,namun saya cuba utk memaafkan walaupun agak sakit. Sampai kekadang saya yg memulakan kata maaf utk memulihkan keadaan seperti biasa. Saya xsuka bermuram durja,xsuka kalau x bertegur sapa. Biarlah saya mengalah sekiranya ia untuk kebaikan bersama. Saya berpegang pada kata2 hikmat arab...

اليد العليا خير من اليد السفلى
yg bermksud,,tgn yg di atas lebih mulia dari tgn yg di bawah..mafhumnya..org yg minta maaf lebih baik dari org yg memaafkan sbb org yg minta maaf berjaya melepaskan egonya hanya kerana sebuah kemaafan :)



sekian dulu coretan saya..mungkin agak sedih ckit kedengarannya..almaklom laa..saya juga manusia yg di beri perasaan dan hati yg lembut,,in shaa ALLAH..
doakan agar hati saya lebih lembut dlm memaafkan kesalahan org dan juga mudah melafazkan kata maaf..
maafkan saya ye semua..
semoga anda berada di bawah lindungan ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Pengampun 
amin ya rabb...:)

Wednesday, March 6, 2013

kwn kite xsama

..............السلام عليكم ورحمة الله ؤبركاته
org yg kte rapat selepas family ialah kawan2..saya ada byk kwn dari tadika,,sekolah rendah,,sekolah menengah..dan di universiti.semua kwn saya baik2..saya happy sgt ditakdirkan mereka dlm hidup saya.tp dlm ramai2 tu xmustahil ada yg xkamceng dgn kte.gaduh..selisih faham..xbertegur sapa..menangis..tu semua lumrah dlm berkawan.tapi ada byk perbezaan kwn sekolah dgn kwn universiti.kalau dulu,,kwn caring sgt..pernah saya terlantar teruk di asrama,,dyorang basuh baju saya..ambik makanan utk saya,,jaga saya.selimutkan saya..saya pun x expect dyorang layan saya mcm tu.betapa saya syg mereka semua.tp bila di sini,,saya byk buat sorg2..bukan ingin di manja,,or mintak perhatian..just nak cakap xsemua kwn boleh layan kite mcm tu.mgkin sbb saya org luar..jaoh..tp itu xmembezakan apa2 pun.saya xmintak pun org baik ngn saya cuma jgn buat saya mcm xwujud.dedicated to all my friends...saya mintak maaf kalau ada buat salah..sakitkan hati korang..dan terima kasih sbb sudi jadi kawan saya selama saya berada di bumi usim ini.saya syg semua kwn saya.. :)
wallahu a'lam...

Sunday, February 24, 2013

kami anak Yayasan Sarawak...



Ini adalah kenangan saya bersama kwn2 saya semasa menyambung STAM di JOHOR. I'm one of the students Yayasan Sarawak. Kami ditaja sepenuhnya oleh yayasan sarawak di bawah program pertukaran pelajar ke johor. Pertama kali berjauhan dgn family..yes,,this is the moment when I'm not celebrate hari raya with my family..walaupun begitu,kami dilayan dgn baik sekali selama berada di perantauan. Terima kasih byk2 saya ucapkan kepada family angkat saya yg sudi menjaga saya seperti anak sendiri. Kalian keluarga saya no.2 hehehe..in shaa ALLAH xkan dilupakan anda semua.

Now,,all my friends have thier own path...most of them are in Maktab Bangi,,Kuala Lumpur. Also in university..USIM,,UUM..UMS..UNIMAS..and the rest already worked as guru kafa..I'm proud of my friends..because today all of them are success in their life. Miss all of you girls...I hope we will make a reunion to gathering all of us as a schoolmates :)

Saturday, February 23, 2013

my best friends...







cinta Ilahi kekal abadi...





Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli.
Malah malu untuk berkata -kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.
Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat -sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Cinta ALLAH adalah yg pertama...

jika kita x mampu mencintai ALLAH,,usah bermimpi utk mencintai sesama insan..
bermujahadah lah wahai insan...

cinta sejati...???




Cinta Sejati?????????
"Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.



Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.


MORAL & IKTIBAR

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang
berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia
sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat
nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
"

mari berselawat..!!!





Jom selawat ke atas Nabi Muhammad SAW...!!! org yg sentiasa berselawat ke atas nabi,,nescaya akan mendapat syafaat di akhirat kelak :) 
x buat rugi tau...
rugi sgt kalau x buat..hehe,,renung2 kan......




who am I...????

assalamualaikum w.b.t...
hello...hello...hello.. hehe

I just wanna introduce myself because I'm the new blogger,,hehe. For my studies background,, I came from standard school a.k.a sekolah kebangsaan in primary school. Then continued to Sekolah Menengah Kebangsaan Pesantren Abdul Taib Mahmud in secondary school. Yeah..!! I am Sarawakian..hehe. But then,,I am further my studies at Maahad Pontian,Johor to get my Sijil Tinggi Agama Malaysia. For sure you all know what is STAM right??ahha...absolutely it was very far from my hometown..but I have to because Sarawak didn't have centre to get the STAM..so sad kan..??hehehe. And finally...the result send me to Islamic Science University of Malaysia a.k.a USIM.....Negeri Sembilan >>>peace<<<
and of course,,I am getting far and far from my family...I think I should stop here for the first and foremost..you'll know me more later..okay..hahaha.just kidding k.. :-)
just chill guys...as long as you remember ALLAH,,then HE will remember you too..
barakallahu fi kum..